Members (o - 0)

Ada Nak Bagitahu Nie!!!

Sunday, December 18, 2011

Love Advise


Fly!!


 If I could give everyone ONE PIECE OF LOVE ADVISE,
it would be once you FIND the one
you've spent your WHOLE LIFETIME searching for,
don't give them up without a fight.
NEVER let them just walk right out of your life.
Whatever you do, don't ever let them GO.
HOLD onto them with all that you've got,
because you have NO guarantee that they'll be back.
So, don't make the MISTAKE I have made.
Don't just watch them LEAVE.
It could be the LAST you ever see them.
Don't look back on it and REGRET not saying the words you needed to say,
or DOING the things you needed to do.
Because that feeling of regret will NEVER LEAVE you.



Never Regret.


Friday, December 16, 2011

I'm Not Running Away


"I'm not running away from you. I am walking away slowly, and inside it's killing me that you don't love me enough to stop me."

Tuesday, December 13, 2011

Monday, December 12, 2011

Mudah Tapi Sukar








kita mudah untuk mendapat tempat dalam buku alamat seseorang.
tapi kita sukar untuk mendapat tempat di hati seseorang.


kita mudah untuk menghukum kesilapan orang lain
tapi kita sukar untuk mengenali kesilapan kita sendiri.


kita mudah untuk bercakap tanpa berfikir
tapi kita sukar untuk menahan lidah dari berkata-kata.


kita mudah untuk menyakiti hati seseorang yang mengasihi kita.
tapi kita sukar untuk menyembuhkan luka di hati orang yang kita lukai.


kita mudah untuk memaafkan orang lain
tapi kita sukar untuk meminta ampun.


kita mudah untuk menetapkan segala peraturan
tapi kita sukar untuk mengikuti peraturan.


kita mudah untuk mimpi setiap malam
tapi kita sukar untuk berjuang untuk impian.


kita mudah untuk tersandung dengan batu
tapi kita sukar untuk bangun.


kita mudah untuk menikmati kehidupan setiap hari
tapi kita sukar untuk memberi nilai yang sebenar.


kita mudah untuk berjanji sesuatu kepada seseorang
tapi kita sukar untuk memenuhi janji itu.


kita mudah mengatakan cinta
tapi kita sukar untuk menunjukkannya setiap hari.


kita mudah untuk mengkritik orang lain
tapi kita sukar untuk memperbaiki diri sendiri.


kita mudah untuk membuat kesilapan
tapi kita sukar untuk belajar daripada kesilapan.


kita mudah untuk menangis untuk cinta yang hilang
tapi kita sukar untuk menjaga cinta supaya tidak hilang.


kita mudah untuk berfikir buruk orang lain
tapi kita sukar untuk memberi mereka manfaat keraguan tersebut.


kita mudah untuk menerima
tapi kita sukar untuk memberi.


kita mudah menjaga persahabatan dengan kata-kata
tapi kita sukar untuk memastikan ia dengan makna.


Saturday, December 10, 2011

Cry, Smile, Walk..





When you cry, be sure to dry your eyes cause better days are sure to come.
And when you smile, be sure to smile wide and don't let them know what they've won.
And when you walk, walk with pride, don't show the hurt inside because the pain will soon be gone.



What It Been Called??




It's not called moving on if you have no reason,
It's not called letting go if you didn't have anything in the first place,
It's not called forgetting if once you think you've forgotten they are always on your mind.
It's not called walking away, if you turn back to take another look.
Life is about taking chances, 
This chance will be the one that he will realize, 
and look back on
It's called a mistake when you doubt it afterwards,
This is a MISTAKE... 
Not moving on,just always remember,
We learn from our mistakes.







Wednesday, December 7, 2011

Friday, November 25, 2011

Doa Akhir Dan Awal Tahun



Bayangan Ilham




Aku yg merinduimu dengan sepenuh jiwa
Hati ku kosong bila kau jauh menyepi
Tercari-cari serpihan indahnya cinta


Dalam keheningan malam mengejar bayang ilham
Antara sedar dan dilamun igauan cinta
Airmata ku mengalir dalam kepasrahan


Demi cinta ku rentasi belantara
Yg membelenggu naluri hatiku


Demi cinta ku selami samudera
Yg melemaskan hembusan nafasku


Aku persembah seluruh ragaku
Walau hanya sedetik
Dapat bersama mu





Wednesday, November 9, 2011

Thursday, November 3, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?






Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……




Tuesday, October 18, 2011

Sunday, October 16, 2011

David Archuleta- Everything & More









You see a storm heading our way
You know the cold can make things delay, up here it can’t do any harm.
The cracks show in the concrete jungle
Tear apart the weakest of hearts, up here you’ll be safe in my arms.
Oh.
I know that you’re feeling like we’re only dreaming
Well don’t look down ’cause this is real.
Like a satellite we’re flying
Overhead where we see it all.
Nothing can touch us, we’re everything and more.
There’s no turning back from this point.
Reaching heights like never before.
Nothing can touch us, we’re everything, we’re everything and more.
Let’s try holding each other, found a love to last forever.
Up here gives you wings to stay strong, ooh.
The air is pure that we’re breathing.
We’re something to believe in, ’cause I feel it’s where we both belong.
I know that you’re feeling like we’re only dreaming
Well don’t look down ’cause this is real.
Like a satellite we’re flying
Overhead where we see it all.
Nothing can touch us, we’re everything and more.
There’s no turning back from this point.
Reaching heights like never before.
Nothing can touch us, we’re everything, we’re everything and more.
Trust me this is worth not falling back to Earth.
Everything and more is up here.
Like a satellite we’re flying
Overhead where we see it all.
Nothing can touch us, we’re everything and more.
There’s no turning back from this point.
Reaching heights like never before.
Nothing can touch us, we’re everything and more.
Nothing can touch us, we’re everything, we’re everything and more.
We’re everything and more, hey.



Sunday, September 18, 2011

Qoute



"Don't let somebody be a priority in your life when your still an option in their life."



I try to buried this quote inside my mind.

Saturday, September 10, 2011

Ya Tuhanku

CINTA dan rasa INGIN MEMILIKI itu BERBEZA..
ya ALLAH..
seandainya RINDU ini suci, maka KUATKANLAH..
seandainya UKHUWAH ini kudus, maka PANJANGKANLAH..
seandainya LUKA ini berhikmah, maka SEMBUHKANLAH..
seandainya INGATAN ini berfaedah, maka TERUSKANLAH..
jika namamu telah tertulis di LUH MAHFUZ untuk diriku..nescaya rasa CINTA itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita..tugas pertamaku bukanlah mencari dirimu, tetapi MENSOLEHKAN diriku..




Sunday, September 4, 2011

Changes




"Even though you may want to move forward in your life, you may have one foot on the brakes. In order to be free, we must learn how to let go. Release the hurt. Release the fear. Refuse to entertain your old pain. The energy it takes to hang onto the past is holding you back from a new life. What is it you would let go of today.

Now I've learned, the hard way, that some poems don't rhyme, and some stories don't have a clear beginning, middle, and end. Life is about not knowing, having to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next."

credit to Liyana Azizan.







Friday, August 19, 2011

Kedatangan

 
Cikgu : RINDU ?
Rindu : hadir cikgu ..
Cikgu : BENCI ?
Benci : saya !
Cikgu : KASIH ?
.Murid2 : tak hadir
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : sakit cikgu ..
Cikgu : CINTA ? CINTA kemana ?
RINDU & BENCI : CINTA pulang cikgu ..
Cikgu : kenapa ?
serentak RINDU & BENCI menjawab : KERANA CINTA XKN PERNAH HADIR TANPA KASIH & SAYANG ..~

 

Thursday, August 18, 2011

Kata-kata

mengkritik tak bererti menentang
menyetujui tak semestinya menyokong
menegur tidak bermakna membenci
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...

Sunday, August 7, 2011

Bukan Sama Ke???

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]

Tuesday, August 2, 2011

10 Perkara Menarik Di Bulan Ramadhan



• Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu


• Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat


• Ramai yang puasa tapi masih pergi dating


• Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi


• Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam


• Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawikh


• Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat


• Ramai yang puasa tapi masih mengumpat


• Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyurapai wanita dan wanita menyerupai lelaki (al-Mutasyabbhihatu birrijal )


• Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat








WordLess WEDNESDAY #6




P.S : terawih jgn x terawih..=]

Sunday, July 31, 2011

Doaku

Ya Allah, Jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah dosaku wahai Tuhan yang Maha Pengampun.

Friday, July 29, 2011

Installing LOve





Customer: Well, I'm not very technical, but I think I'm ready to install it now. What do I do first?

Tech Support: The first step is to open your HEART. Have you located your HEART, madam?

Customer: Yes, I have, but there are several other programs running right now. Is it okay to install while they are running?

Tech Support: What programs are running, madam?

Customer: Let's see... I have PAST-HURT.EXE, LOW-ESTEEM.EXE, GRUDGE.EXE, and RESENTMENT.COM running now.

Tech Support: No problem. LOVE will gradually erase PAST-HURT.EXE from your current operating system. It may remain in your permanent memory, but it will no longer disrupt other programs. LOVE will eventually overwrite LOW-ESTEEM.EXE with a module of its own called HIGH-ESTEEM.EXE. However, you have to completely turn off GRUDGE.EXE and RESENTMENT.COM. Those programs prevent LOVE from being properly installed. Can you turn those off, madam?

Customer: I don't know how to turn them off. Can you tell me how?

Tech Support: My pleasure. Go to your Start menu and invoke FORGIVENESS.EXE. Do this as many times as necessary until it's erased the programs you don't want.

Customer: Okay, now LOVE has started installing itself automatically. Is that normal?

Tech Support: Yes. You should receive a message that says it will reinstall for the life of your HEART. Do you see that message?

Customer: Yes, I do. Is it completely installed?

Tech Support: Yes, but remember that you have only the base program. You need to begin connecting to other HEARTs in order to get the upgrades.

Customer: Oops. I have an error message already. What should I do?

Tech Support: What does the message say?

Customer: It says "ERROR 412-PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENTS." What does that mean?

Tech Support: Don't worry, madam, that's a common problem. It means that the LOVE program is set up to run on external HEARTs but has not yet been run on your HEART. It is one of those complicated programming things, but in non-technical terms it means you have to "LOVE" your own machine before it can "LOVE" others.

Customer: So what should I do?

Tech Support: Can you pull down the directory called "SELF-ACCEPTANCE"?

Customer: Yes, I have it.

Tech Support: Excellent. You're getting good at this. Now, click on the following files and then copy them to the "MYHEART" directory: FORGIVE-SELF.DOC, REALIZE-WORTH.TXT, and ACKNOWLEDGE-LIMITATIONS.DOC. The system will overwrite any conflicting files and begin patching any faulty programming. Also, you need to delete SELF-CRITIC.EXE from all directories, and then empty your recycle bin afterwards to make sure it is completely gone and never comes back.

Customer: Got it. Hey! My HEART is filling up with new files. SMILE.MPG is playing on my monitor right now and it shows that PEACE.EXE, and CONTENTMENT.COM are copying themselves all over my HEART. Is this normal?

Tech Support: Sometimes. For others it takes a while, but eventually everything gets downloaded at the proper time. So, LOVE is installed and running. You should be able to handle it from here. Ah, one more thing.

Customer: Yes?

Tech Support: LOVE is freeware. Be sure to give it and its various modules to everybody you meet. They will in turn share it with other people and they will return some similarly cool modules back to you.

Customer: I will! Thanks for your help!





P.S : credit to Nur Rehan


Tuesday, July 26, 2011

Kedatangan yang DINANTIKAN

Setahun sudah berlalu..masa terasa pantas berlalu..kini, sudah tiba bulan yang kita nantikan..hadirnya bulan Islam yang mulia..bersyukur kita dapat merasai bulan ini lagi..disini saya ingin menyelitkan tentang kelebihan bulan Ramadan Al Mubarak..

    ||Kelebihan Ramadan||
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).


 Bila tiba bulan ramadan, selalu kita dengar raya..apa kata kalo kite dengar lagi ni pulak..




||Harapan Ramadhan||

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua 
 
 
 Moga ramadan kalo ini penuh makna bagi kita.. =]
 
 








 
 
 

P.S : Selamat Berpuasa..


Friday, July 22, 2011

HANTU BONCENG




Zizan jadi pelakon utama..mesti kelakar gler cte ni..hahaha..ada juliana evan..masyuk..





SINOPSIS

Filem yang berkisarkan kisah seorang pemuda bernama Amran yang gemar berlumba motor drag secara haram. Konflik bermula apabila gadis Bohsia iaitu Maya yang dimenanginya dalam sebuah perlumbaan haram terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah dibonceng oleh Amran. Sejak kejadian itu hidup Amran tidak tenteram kerana sering diganggu oleh hantu Maya yang meminta supaya mayatnya disempurnakan. Amran meminta bantuan kekasihnya, Halimaton serta rakannya Kunyit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
Apakah yang bakal berlaku seterusnya kepada Amran?





P.S : mesti layan.. 

Thursday, July 21, 2011

Complicated





 || Kadangkala kita rasa kita b'pegang pada istilah KAWAN & P'SAHABATAN, tapi disalah ertikan kepada CINTA. Dan kadangkala kita rasa kita dilamun CINTA, tapi hakikat sebenar kita adalah KAWAN. Terlalu complicated.||





Ibuku seorang PEMBOHONG???

Nie cite benar. bacelah. nmpk dari mata penyampai cite nie sndiri.jdkn tauladan..

 

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!


01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat mak seperti itu.Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!



"Kasih ibu tiada tandingan."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...